it's about anything. too many to mention...

Thursday, June 24, 2010

luna maya dan cut tari masih dalam proses pembuktian


Kepala Divisi Humas Polri, Irjen Pol Edward Aritonang, menegaskan bahawa pemeriksaan artis Luna Maya dan Cut Tari hingga kini masih dalam proses pembuktian. Sampai saat ini belum ada pengangkatan status mereka yang masih menjadi saksi dalam kes video lucah mirip selebriti itu. Beliau mengemukakan hal itu ketika ditanya wartawan tentang status Luna Maya dan Cut Tari selepas penetapan Ariel sebagai disyaki kes video lucah yang melibatkan kedua2 artis tersebut. Setelah membuka pameran foto Polisi Juga Manusia yang merupakan kerja sama LKBN ANTARA Biro Jatim dengan Bidang Humas Polda Jatim, beliau mengatakan polis tidak mengejar pengakuan. Oleh kerana itu, proses pembuktian Luna Maya dan Cut Tari dengan ujian fizikal itu tidak diperlukan bila cukup dengan cara identifikasi foto, titik-titik tubuh, identifikasi aksesori, dan proses penelusuran keberadaan seseorang dalam waktu tertentu.

Menurut dia, proses pembuktian yang sama itulah yang membuat polis menetapkan Ariel sebagai disyaki dalam kes yang meresahkan masyarakat itu.

Dalam penetapan status disyaki itu, beliau mengatakan Ariel dijerat dengan tiga UU iaitu UU TIK berkaitan penyebarannya, UU Pornografi berkaitan pembuatan dan penyebarannya, dan KUHP.

Ditanya tentang pelaku yang mengunggah untuk pertama kalinya video itu, beliau mengaku polis belum menangkap pelakunya.

0 comments: