
Walau penglibatan Gwyneth Paltrow dalam GLEE menjadi satu hal yang dibicarakan kerana penampilannya yang epik, namun ternyata tidak sama halnya menurut ibu Lindsay Lohan. Dina Lohan, ibunya, meradang melihat watak yang dibawakan Paltrow, bahkan merancang menyaman GLEE.
Seperti yang dilansir oleh GossipCop.com, peguam Dina Lohan akan mengirim surat kepada produser rancangan televisyen ini kerana karakter yang dilakonkan Paltrow mengejek anaknya yang sedang berada di pusat pemulihan.
Paltrow berlakon sebagai seorang guru bahasa Sepanyol pengganti bernama Holly Holiday, yang mengajak murid-muridnya untuk berbincang mengenai selebriti.
No comments:
Post a Comment