it's about anything. too many to mention...

Sunday, January 29, 2012

noel gallagher ingin buka kedai nama


Memang tidak salah jika pemuzik yang satu ini dianugerahkan gelaran Godlike Genius oleh NME. Ini kerana, kepala Noel Gallagher memang dipenuhi idea antik yang mungkin belum pernah difikirkan orang lain. Kali ini, Noel pun lagi-lagi menunjukkan sisi kreatifnya melalui idea gila berikut ini.

Seperti dipetik dari The Sun, Noel mengaku sangat ingin berniaga nama. Penyanyi High Flying Birds ini merancang membuka sebuah bisnes online yang memungkinkannya menghasilkan wang hanya dengan memberi nama pada bayi atau haiwan peliharaan.

Berhubung bisnes yang dirancangnya ini adalah bisnes online, sistem penjualan nama pun juga lebih sederhana. Cukup dengan mengirim foto bayi atau haiwan yang ingin dinamakan, maka Noel akan bertindak cepat dan mengirimkan nama terbaik.

0 comments: