it's about anything. too many to mention...

Monday, August 9, 2010

lindsay lohan kesal dengan keputusan hakim


Bebas dari penjara, Lindsay Lohan sekarang harus bersiap menjalani pemulihan yang dijadualkan selama 90 hari. Namun pelakon ini nampaknya belum juga puas dengan kebebasannya. Lohan tidak diberi waktu rehat sebelum kembali menjalani keputusan mahkamah di pusat pemulihan.

Bintang berusia 24 tahun ini dibebaskan dari Lynwood Correctional Facility, California pagi tadi. Lohan hanya menjalani hukuman 13 hari dari keputusan 90 hari penjara. Dan kini Lohan langsung dikirim ke UCLA Medical Centre untuk menjalani tiga bulan rawatan. Pelakon ini merasa sedih lantaran tidak mendapat peluang rehat antara waktu di penjara dan pemulihan.

Sebuah sumber yang dikutip People.com mengatakan yang pelakon ini merasa sangat kesal dengan keputusan hakim. Walau Lohan diberi peluang bertemu ibunya, Dina dan adiknya Ali saat tiba di UCLA, namun Lohan kurang puas kerana dia merasa berhak melalui waktu bersama keluarganya. Dia juga tidak dapat menerima kenyataan kalau harus menjalani pemulihan selama tiga bulan.

Lohan dibebaskan lebih cepat lantaran penjara tempatnya menjalani hukuman sekarang penuh, selain itu dia juga berkelakuan baik selama berada dalam tahanan. Bintang MEAN GIRL ini harus menjalani hukuman 90 hari penjara setelah melanggar ketetapan mahkamah berkaitan kes DUI di tahun 2007.

0 comments: