Keberangkatan penyanyi Rossa ke tanah suci, Mekah untuk menunaikan ibadah haji dilepas dengan tangis anaknya, Rizky Langit Ramadhan. Rossa pun tak kuasa menahan tangis melihat anak tunggalnya itu menangis.
Menurut bekas isteri Yoyo drummer Padi ini, sejak anaknya tahu dia akan pergi cukup lama untuk menunaikan ibadah haji, sikap buah hatinya itu berubah menjadi manja dan rewel. Walaupun sudah biasa ditinggal menyanyi, namun Rossa tak pernah meninggalkan Rizky selama berhari-hari.
Tampak jelas terlihat rasa khuatir dari raut wajah Rossa ketika dirinya akan boarding bersama rombongan jemaah Cordova yang lain. Namun begitu, penyanyi Ayat-Ayat Cinta itu sedikit lega kerana kedua-dua orang tuanya akan menjaga anak tercintanya itu.
0 comments:
Post a Comment