it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label ian kasela. Show all posts
Showing posts with label ian kasela. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Asyik bersembang, Ian Kasela ketinggalan kereta saat mudik


Mudik adalah ritual masyarakat Indonesia menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Hal itu pula yang dilakukan oleh anggota Radja, Ian dan Moldy. Bahkan, kedua-duanya mengaku memiliki pengalaman unik saat menjalani aktiviti mudik. 

 Bagi anggota-anggota Radja, mudik merupakan aktiviti yang sudah menjadi tradisi. Kegiatan mudik yang dilakukan selain bulan Ramadan tidaklah memiliki aura.

Wednesday, November 9, 2011

berlakon filem, ian kasela lepas kacamata hitam


Ada yang beza dengan penampilan vokalis Radja, Ian Kasela. Dia tidak lagi memakai kacamata hitam yang sudah menjadi identiti. Kacamata itu harus dilepas saat tampil menjadi pelakon filem Musik Untuk Cinta.

Dalam filem yang dikhususkan untuk menghormati perjalanan muzik Indonesia dan diterbitkan oleh PT Prima Bina Media ini, Ian melakonkan watak Cecep, anak desa asal Cirebon, Jawa Barat yang hijrah ke kota demi meraih mimpi, menjadi seorang usahawan sukses.

Ian rela melepas kacamata hitamnya demi filem tersebut yang kaya nilai sejarah dalam perkembangan muzik Indonesia itu.

Kepiawaian lakonan Ian dalam melakonkan watak Cecep itu, akan diadu dengan lakonan Arumi Bachsin, Didi Petet dan Ninik L Karim.

Enison Sinaro, selaku pengarah Musik Untuk Cinta mengungkapkan pemilihan Ian sebagai watak Cecep kerana dinilai mewakili karakter Cecep. Dia dianggap mampu melakonkan karakter dengan modal bakat seni lakon yang dimilikinya.

Thursday, November 3, 2011

ian kasela : filem ganggu band


Ian Kasela mengaku sempat bingung ketika ditawarkan untuk berlakon di filem Musik Untuk Cinta. Ini kerana dia masih berat dengan bandnya. Menurutnya dengan dirinya berlakon filem akan mengganggu bandnya, lebih2 lagi dia harus tampil di luar kota di bulan November ini.

Dia segera membincangkan hal ini kepada teman2 bandnya, dan ternyata mendapat sokongan. Bahkan keluarganya pun juga menyokong Ian untuk berlakon.

Ian mengungkapkan jika dia tak menemui banyak kesukaran saat berlakon. Diceritakan bahawa filem ini mengambil tema seseorang pemuzik yang ingin sukses dan perlu perjuangan yang besar. Baginya filem ini sama dengan kisahnya saat meniti karier.

Wednesday, November 2, 2011

ian kasela berlakon filem


Satu lagi pemuzik yang cuba terjun ke dunia lakonan. Vokalis Radja, Ian Kasela dipilih menjadi pelakon utama di filem Musik Untuk Cinta. Menurut Ian, penglibatannya hingga menjadi pelakon utama di filem ini bermula dari sebuah gurauan.

Bagi Ian ini merupakan pengalaman pertamanya dan tak menyangka menjadi pelakon utama. Dihadapkan untuk berlakon, Ian mengaku sempat bingung.

Ian membantah jika ini merupakan sebuah projek aji mumpung. Dia lebih memilih tetap berada di aliran muzik daripada filem.

Wednesday, September 7, 2011

ian kasela terharu dan merinding lihat ipul


Ian Kasela mengaku merinding di backstage ketika mendengar penuturan Saipul Jamil saat tampil di acara Panggung Bintang di MNC TV yang menceritakan kejadian nahas tersebut. Vokalis Radja ini tak dapat membayangkan bagaimana sedihnya hati Ipul ditinggal isterinya untuk selamanya.

Menurut Kadiv humas Polri Irjen Pol. Anton Bachrul Alam, kemalangan yang menimpa Saipul ini disebabkan kelalaian dan boleh dikenakan UU No. 22 Tahun 2009 pasal 310 ayat 4 tentang Lalu Lintas. Namun menurut Ian, itu merupakan kemalangan murni. Dia juga prihatin mengenai berita Ipul menjadi suspek atas kemalangan tersebut.

Lebih lanjut, Ian berharap agar Ipul dapat melalui duka ini dan kembali berkarya dan melanjutkan hidupnya seperti semula.

Thursday, August 18, 2011

sejarah indonesia, ian kasela kebingungan


Semakin dekatnya HUT Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-66 semalam, membuat banyak sekali pengetahuan mengenai sejarah negeri ini kembali diingatkan.

Ketika ditemui di Balai Sudirman, Jakarta Selatan, Ahad, Ian tampak cukup kebingungan saat ditanyai perayaan usia Indonesia tahun ini. Namun dirinya akhirnya mampu menjawab benar.

Saat ditanyakan kembali perihal pembaca teks proklamasi dan berkaitan bendera merah putih dan lambang Pancasila, Ian semakin kebingungan.

Friday, June 10, 2011

ian kasela sampaikan pesanan alam sekitar melalui muzik


Penyanyi Oppie Andaresta dan Ian Kasela yang dikukuhkan sebagai Duta Lingkungan oleh Kementerian Lingkungan Hidup akan menyampaikan pesanan dan sosialisasikan alam sekitar melalui muzik.

Vokalis kumpulan muzik Radja itu mengatakan, sebagai duta alam sekitar, dirinya akan menyampaikan kepada peminat2nya, pesanan-pesanan untuk melindungi alam sekitar.

Sementara Oppie Andaresta menyatakan bahawa Duta Lingkungan yang disandangnya bukan hanya label tapi sebuah beban yang harus dipertanggungjawabkan.

Menurutnya, public figure seperti artis dan penyanyi memang cukup efektif untuk menyebarkan pesanan-pesanan dengan menjadi duta.

Menteri Lingkungan Hidup Gusti Muhammad Hatta yang mengukuhkan kedua2nya sebagai Duta Lingkungan mengatakan, seboleh mungkin akan memanfaatkan semua pihak untuk menyampaikan pesanan alam sekitar.

Friday, April 30, 2010

ian kasela dan moldy nafi perpecahan kerana royalti


sebelum ini diberitakan, perpecahan dalam badan kumpulan radja, hingga mundurnya seno dan indra diisukan kerana pembahagian royalti yang tidak adil. namun berita itu sepenuhnya dianggap tidak benar oleh ian kasela dan moldy yang kini masih mengendalikan kumpulan dibentuk 17 mac 2001 itu.

tentang royalti, moldy berharap semua pihak boleh memahami peraturan di dalam radja sehingga tidak timbul banyak spekulasi. semua ditentukan berdasarkan peraturan sejak awal bergabung dengan radja.

sebagai sahabat yang sudah sekian waktu bersama, baik ian mahupun moldy tidak menempik adanya rasa kehilangan. layaknya orang bercinta, menurut moldy, mudah saja memutuskan hubungan. namun yang ditinggalkan tentu merasa lebih sakit.


Thursday, April 29, 2010

ian kasela dan moldy bertekad teruskan radja


ditinggalkan oleh dua anggotanya bukan bererti akhir karier bagi kumpulan radja. walau tinggal ian kasela dan moldy, tetap mampu tampil di negara jiran. malaysia. penampilan itu sekaligus menjadi bukti kewujudan kumpulan ditubuhkan 17 mac 2001 itu. kedua2nya menepis anggapan yang radja telah bubar.

sebelum ini pihak pengurusan telah menjelaskan keadaan radja saat ini, dan pihak malaysia sendiri tidak mempermasalahkan penampilan dengan pemain undangan. apalagi permohonan itu sudah masuk sekitar sebulan lalu, di mana segala persiapan tentu sudah matang.

mundurnya seno dan indra dari radja memang membuat anggota lain sempat drop. namun ian dan moldy bertekad meneruskan kewujudan radja.

sementara moldy menegaskan, tidak ada rasa takut ditinggal peminat kerana perpercahan anggota. kerana tetap yang terbaik yang akan disuguhkan bagi pecinta muzik indonesia.