it's about anything. too many to mention...

Wednesday, April 14, 2010

amy search tak berniat pencen bermuzik


lagu isabella yang pernah dibawakan oleh amy search pernah meletup di era 90an di indonesia. tak dapat dinafikan, lagu melayu pernah beraja dan mendapat tempat di hati masyarakat indonesia saat itu. bagi amy juga, lagu tersebut memiliki banyak kenangan tersendiri.

tentang rancangan kolaborasinya dengan pemuzik indonesia, amy masih belum menentukan pemuzik yang akan digandingkannya. namun demikian, beliau mengutamakan beberapa pemuzik indonesia yang beliau kenal.

sementara itu, amy menegaskan bahawa dirinya masih belum ingin pencen dari pentas muzik. walau tak lagi berusia muda, lelaki bernama asal suhaimi itu menegaskan niatnya untuk terus wujud dan berkarya.


0 comments: