it's about anything. too many to mention...

Tuesday, April 13, 2010

krisdayanti sedia hadapi risiko selepas sidang akhbar raul


rasa lega pastinya ada di pihak krisdayanti. kehadiran raul lemos ke indonesia untuk memberikan keterangan mengenai hubungannya dengan kd dan saman yang dilontarkan isterinya, atha, terhadap yuni shara sudah menjelaskan masalah yang ada. elsie lontoh, peguam kd, menyatakan bahawa kedatangan raul dari timor leste memang sengaja menguruskan masalah ini.

kd sudah tahu bahawa raul merancang mengadakan sidang akhbar. namun, kala ditanya hubungan kd dan raul selanjutnya, elsie belum boleh memastikan.

ditanya mengenai berita raul akan melaporkan balik atha, elsie tidak tahu menahu. yang pasti, raul sudah mengatakan bahawa yang layak disaman atha sebenarnya adalah dirinya - bukan yuni shara.

dalam kesempatan itu, elsie juga menegaskan bahawa apa yang diinginkan kd untuk mengetahui dengan jelas status raul sudah dipenuhi.

lantas, apa ulasan kd tentang isu bahawa atha akan melaporkan kd dan juga raul ke polis pada siang ini? ditanya begitu, elsie mengatakan bahawa pihaknya sedia untuk apa pun. namun, pihaknya akan menunggu dulu sampai hal itu benar terjadi.


0 comments: