it's about anything. too many to mention...

Wednesday, April 14, 2010

tinggalkan radja, seno - indra tubuh kumpulan baru


kebersamaan seno, indra, moldy dan ian kasela yang bergabung dalam kumpulan radja akhirnya berakhir sudah. kumpulan yang berdiri sejak 17 mac 2001 lalu itu kini ditinggalkan dua anggotanya iaitu seno dan indra pada awal bulan lalu. tersebar berita, pecahnya mereka lantaran masalah royalti.

dihubungi hari ini, seno mengatakan bahawa niat untuk keluar dari radja sudah ada sejak lama. setidak2nya dalam setahun kebelakangan ini. hingga akhirnya keinginan itu wujud pada awal bulan.

seno dan indra juga sudah izin sebelum ini kepada dua anggota yang lain iaitu ian dan moldy.

setelah memutuskan keluar dari radja, bukan bererti seno dan indra terus pencen dari dunia muzik. soal punya soal, kedua2nya sedang membentuk sebuah kumpulan baru dengan nama tnpri.


0 comments: