it's about anything. too many to mention...

Tuesday, April 13, 2010

wulan guritno rasmikan bisnes spa di bandung


bisnes rumah kecantikan yang dirintis oleh artis cantik, wulan guritno, tampaknya semakin maju dan semakin berkembang pesat. setelah berjaya membuka cawangan poetre di beberapa kota, hari sabtu lalu wulan dan beberapa pemilik poetre yang lain merasmikan cawangan baru yang terletak di jalan reog 1 no.5, turangga, bandung. artis yang sedang mengandung anak kedua tersebut mengaku dirinya sangat gembira kerana belum sampai setahun, cawangan poetre sudah berjaya berdiri di 3 tempat berbeza.

selain poetre wax & spa yang baru saja dirasmikan di bandung, poetre telah rasmi berdiri di banjarbaru, banjarmasin dan legoso, ciputat. menurut wulan, setelah ini, poetre juga akan segera membuka cawangan barunya di pekanbaru dan makassar.

selain memiliki tujuan untuk membuat wanita dapat merawat kecantikan, ternyata kelima2 pemilik poetre wax & spa, wulan guritno, amanda soekasah, janna soekasah, adriana taurisia dan jovita noorwanti, juga memiliki misi sosial iaitu ingin menciptakan lapangan pekerjaan bagi wanita.


0 comments: