it's about anything. too many to mention...

Wednesday, May 12, 2010

agnes monica tak mahu tahu kes rezky aditya


dituntut rp21 miliar oleh MD entertainment memang sempat membuat rezky aditya terkejut. namun beliau santai saja menghadapi masalah tersebut. ini kerana rezky yakin sama sekali dirinya tidak melanggar kontrak. beliau memutuskan untuk meninggalkan baki 241 episod bukan kerana ingin ke production house yang lain, tapi untuk kuliah.

di saat masalah ini makin diseriuskan oleh pihak MD entertainment yang melayangkan tuntutan melalui pengadilan negeri jakarta pusat, berhembus berita bahawa rezky memang sengaja meninggalkan MD entertainment agar dapat bergabung dengan sinemart. dalam production house lain itu, ada agnes monica - artis berbakat yang pernah digossipkan memiliki hubungan istimewa dengan rezky.

namun saat diminta keterangannya, agnes enggan menjawab hal tersebut.

penyanyi godai aku ini sama sekali tidak mahu asal bercakap. baginya, apa pun yang telah diputuskan oleh rezky semata2 kerana keputusan pelakon kacak itu. beliau tidak mahu masuk campur.


0 comments: