it's about anything. too many to mention...

Wednesday, May 19, 2010

marilyn manson berlakon filem slasher

menambah panjang senarai filmography miliknya, marilyn manson baru saja dikhabarkan akan berlakon dalam filem slasher yang diarahkan oleh david gordon green. agaknya genre yang dipilih juga cukup tepat, mengingatkan rupa marilyn manson yang memang sudah seram. nanti, marilyn manson akan berlakon bersama evan rachel wood, tunangnya.

belum ada maklumat lebih lanjut tentang jalan cerita yang akan ditawarkan filem berjudul splatter sisters ini namun ada indikasi filem ini akan mengeksploitasi seks dan keganasan. info lain yang juga dinyatakan dalam berita yang sama adalah bahawa filem ini akan diproduserkan oleh david gordon green bersama edward r pressman sementara penggarapan skrip diserahkan pada adam bhala lough.

david gordon green pernah menjadi pengarah filem pineapple express sementara marilyn manson terakhir dilihat berlakon dalam filem phantasmagoria : the visions of lewis carroll yang juga beliau arahkan sendiri.

Marilyn Manson Pictures, Images and Photos

0 comments: