it's about anything. too many to mention...

Tuesday, May 18, 2010

nikah, dian sastro terima mas kahwin 185gram emas


rasmi sudah dian sastrowardoyo melepas masa solonya. gadis cantik kelahiran jakarta, 16 mac 1982 itu rasmi disunting tunangnya, indraguna maulana sutowo. melalui proses akad nikah yang diadakan di ballroom hotel dharmawangsa, jakarta selatan, dian dan indra mengukuhkan diri menjadi suami isteri.

sebelum akad dimulakan sekitar pukul 9.30 pagi, dian dan indra dipisahkan dulu. dari sebelum akad berlangsung, pelakon 3 doa 3 cinta itu sempat membaca ayat suci al-quran iaitu surah ar-rum ayat 21 dari ruangan terpisah di hotel tersebut.

hingga akhirnya proses dimulakan yang dipimpin oleh sobari - wakil dari KUA wilayah jakarta selatan, indra dengan lantang mengucapkan ijab kabul tanpa ada masalah sama sekali.

hanya perlu sekali saja beliau berijab kabul dengan bahasa indonesia di depan wali dian iaitu aswin sastrowardoyo dan saksi di antaranya saksi dari pihak dian yang diwakili iwan joesoef, serta pontjo sutowo dari pihak lelaki.

sementara itu, dian yang berada di sebelahnya dilihat begitu cantik dan anggun dalam balutan kebaya bernuansa off-white hasil rekaan edward hutabarat. dengan senyuman, beliau lantas menerima mas kahwin berupa emas 185 gram dan seperalat alat solat dari indra.


0 comments: