it's about anything. too many to mention...

Tuesday, June 1, 2010

shanty jawab lamaran hanya dengan anggukan


lantaran berbeza budaya dan asal usul, proses lamaran sebastian paredes atas penyanyi shanty setidaknya menggunakan tiga bahasa, iaitu sunda, indonesia dan inggeris. kata sambutan dari pihak keluarga penyanyi rnb itu, walau dalam bahasa sunda, namun keluarga menyediakan seorang penterjemah ke dalam bahasa inggeris.

shanty yang mengenakan kebaya warna ungu nampak ceria menjalani proses lamaran, sesuai adat sunda. sementara keluarga sebastian paredes, nampaknya hanya mengikuti proses yang diselenggarakan tuan rumah.

memasuki inti proses, shanty yang dilihat cantik dan anggun itu mendapat soalan dari pemimpin upacara adat, tentang kesediaannya berkahwin dengan sebastian paredes. tanpa mengeluarkan kata2, shanty hanya mengangguk, diikuti senyuman petanda setuju.

acara kemudian dilanjutkan dengan penyerahan tanda ikatan berupa cincin emas murni yang dibuat dari logam mulia. shanty didampingi ibunya yang menggunakan kebaya hijau, menerima penyematan cincin ikatan tersebut.

menjelang acara ditutup, baik shanty mahupun sebastian saling memperkenalkan anggota keluarga masing2. selama proses perkenalan keluarga, shanty menyampaikan kata2nya hingga beberapa kali dilihat menitiskan airmata. suasana sempat terbawa haru, saat shanty menyampaikan perasaannya tentang ibunya, hingga air mata tak dapat ditahan.


0 comments: