it's about anything. too many to mention...

Monday, July 5, 2010

ririn - aldi tak sengaja pamer foto pre-wedding


Enam hari lagi, Ririn Dwi Aryanti dan Aldi Bragi akan rasmi melepaskan status mereka dan rasmi menjadi suami isteri pada 11 Julai akan datang. Segala persiapan sudah mantap, termasuk mengadakan jumpa wartawan yang diadakan semalam di Casa Grande, Casablanca, Jakarta Selatan.

Menariknya, dalam jumpa wartawan itu, secara tidak sengaja menampilkan proses pemotretan pre-wedding kedua2 calon mempelai. Dua layar LCD tersebut menayangkan foto Aldi dan Ririn yang sedang berciuman bibir. Dalam gambar itu juga terdapat Dira, anak Aldi dengan isteri sebelum ini Ikke Nurjanah.

Ketika disahkan mengenai hal itu, Aldi dan Ririn buru2 mengelak.

Ditegaskannya, foto2 pre-wedding tersebut seharusnya memang tidak tampil pada saat sidang akhbar berlangsung. Ini kerana, foto2 tersebut hanya digunakan untuk kepentingan peribadi semata.

Ririn dan Aldi rancangannya akan melangsungkan akad nikah pada 11 Julai akan datang, yang dilanjutkan dengan resepsi di Hotel Crown Jakarta di hari yang sama. Sebelum ini kedua2nya dilihat bahagia memilih pakaian pengantin di mana Ririn memilih Anne Avantie dan Aldi menggunakan jasa Brutus.


0 comments: