it's about anything. too many to mention...

Thursday, August 19, 2010

justin bieber - selena gomez saling suka?


Dengan keglamoran bintang remaja Justin Bieber, tentunya fansnya di seluruh dunia tidak akan tinggal diam mengenai gadis-gadis yang berani 'dekat-dekat' dengan pujaan hati mereka. Berita kemesraan Bieber dengan beberapa gadis juga terus hadir, dan yang terakhir adalah Selena Gomez, salah satu penyanyi dan pelakon muda Disney.

Berita kemesraan mereka muncul setelah berduet pada hit single Justin One Less Lonely Girl pada Dick's Clark New Year's Rockin Eve. Pada acara ini, kedua2nya dilihat sangat mesra dan rapat dengan beberapa sentuhan dan pelukan ketika dan setelah bernyanyi.

Bahkan kemesraan mereka dilaporkan semakin intens, dengan saling mengirim sms tiap hari, dan saling melempar ejekan. Selena Gomez pernah menyatakan bahawa Justin menyuruhnya melepas kasut tumit tingginya kerana Justin dilihat lebih pendek darinya. Walaupun begitu, Gomez mengakui bahawa lagu-lagu Justin-lah yang menghiburnya setiap waktu. Justin sendiri menyatakan bahawa Gomez 'cutie' pada wawancara beberapa saat lalu.

0 comments: