Berusia 21 tahun, apalagi bertepatan dengan bulan Ramadhan yang segera datang, rupanya menyebabkan banyak perubahan bagi Marshanda. Usia barunya kali ini akan dilaluinya dengan mengenakan tudung seterusnya.
Ditemui bersama kekasihnya, Ben Kasyafani di acara ulang tahun yang diadakan di Panti Asuhan Daarul Aitam, Jagakarsa, Jakarta Selatan semalam, Marshanda mengungkapkan kebahagiaan 'hidup baru'nya ini.
Menghadapi bulan puasa, Marshanda menyatakan keinginannya untuk lebih dekat dengan Allah, kerana dirinya merasa lebih senang dan tenang. Hal ini diiyakan oleh Ben, yang menambah bahawa Chacha, panggilan Marshanda, mengalami banyak perubahan yang cukup significant.
Ben juga mengaku sempat takut Chacha bertudung, namun dirinya menyokong agar Marshanda lebih bertanggung jawab dan hati-hati.
Berkaitan dengan kariernya di dunia hiburan juga, Marshanda mengharapkan bahawa dirinya akan mendapatkan dan hanya boleh menerima watak yang mengenakan tudung.
0 comments:
Post a Comment