it's about anything. too many to mention...

Tuesday, August 10, 2010

rihanna jadi pelakon utama filem perang


Rihanna, penyanyi Umbrella, dipastikan akan memulakan debutnya di bidang lakonan dengan membintangi sebuah filem layar lebar. Watak yang akan dimainkannya kali ini akan menjadi watak utama pertamanya, tidak seperti wataknya sebagai bintang tamu pada beberapa filem sebelum ini.

Rihanna yang pernah menjadi bintang tamu pada BRING IT ON: ALL OR NOTHING juga siri TV komedi, SATURDAY NIGHT LIFE. Filem yang akan menghadirkan Rihanna sebagai pelakon utama wanita kali ini adalah BATTLESHIP, sebuah filem blockbuster bergenre action.

BATTLESHIP sendiri dibuat berdasarkan filem perang klasik, dan dijadualkan bahawa filem ini akan menjadi salah satu filem terbesar di tahun 2012. Tidak banyak yang tahu alur cerita yang akan dibuat, namun beberapa berita menyebutkan bahawa filem ini akan menghadirkan peperangan di darat, laut, mahupun udara melawan pasukan alien.

Dalam filem ini, Rihanna akan mengadu lakonan dengan bintang TRUE BLOOD, Alexander Skarsgard dan Taylor Kisch yang pernah berlakon pada FRIDAY NIGHT LIGHT. Filem yang diarahkan oleh Peter Berg ini dirancang akan dilancarkan pada Mei 2012 di AS.

0 comments: