Selebriti memang tak pernah jauh-jauh dari gossip. Kini Selena Gomez yang jadi bahan ulasan di media. Pelakon/penyanyi muda ini dikhabarkan mula menjalin hubungan dengan bintang GLEE, Mark Salling. Sebelum ini, Gomez pernah dikhabarkan bercinta dengan bintang TWILIGHT, Taylor Lautner.
Seorang teman bintang MONTE CARLO ini mengungkapkan pada RadarOnline.com yang selama acara Teen Choice Awards pada Ahad lalu, Gomez dan Salling saling berkirim SMS. Saat itu Selena duduk di deretan paling depan, sedang Salling ada di belakang pentas sebagai co-host acara ini. Menurut penuturan teman pelakon ini, saat pelakon itu naik pentas Selena tak menutupi senyum lebarnya.
Namun Salling tidak menghabiskan lebih banyak waktu bersama Selena malam itu. Pelakon berusia 28 tahun ini tidak menghadiri acara after party dan lebih memilih makan malam di Katsuya bersama dua pelakon GLEE lain, Cory Monteith dan Chord Overstreet. Salling yang juga seorang penyanyi bulan Ogos ini akan melancarkan album solo berjudul Pipe Dreams.
0 comments:
Post a Comment