it's about anything. too many to mention...

Tuesday, August 10, 2010

wulan guritno berkongsi kasih dengan yayasan anak yatim


Wulan Guritno berkongsi kebahagian atas kelahiran bayinya, London Abigail Dimitri atau baby Elle. Hasil penjualan foto kelahirannya disumbangkan ke empat yayasan, iaitu Yayasan Ustad Aling, Yayasan Ibu Ida Sudoyo, Yayasan Ustad Ali, dan Yayasan Uje Ustad Jeffry Al Buchori.

Sebagai perwakilan dengan Wulan bersama Adilla Dimitri dan kedua2 buah hatinya menyerahkan sedekah secara simbolik ke salah satu yayasan dari 4 yayasan tersebut, iaitu Yayasan Ustad Aling di Jl. Subur 15/28, Pondok Pinang, sebelah Pondok Pinang Center.

Proses penyerahan dimulakan sejak pukul 6.00 setelah solat Maghrib, dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa-doa untuk mengucap syukur atas kelahiran Elle.

Wulan dilihat sihat setelah melahirkan, sementara Elle yang tidur di pangkuan baby sitternya dilihat tenang sepanjang perjalanan berlangsung. Wulan mengenakan baju hitam selendang biru.

Anak kedua Wulan Guritno, London Abigail Dimitri, lahir di RS Pondok Indah, Rabu pukul 11.22 pagi, melalui persalinan normal. KapanLagi.com secara eksklusif mendapatkan hak atas foto-foto proses persalinan Wulan.

0 comments: