it's about anything. too many to mention...

Friday, August 13, 2010

zaskia adya mecca alami trauma di yogya


Ditemani isteri saat bekerja, biasanya membuat suami bersemangat dan juga merasa senang. Namun tidak demikian bagi Hanung Bramantyo. Beliau malah merasa khuatir saat isterinya, Zaskia Adya Mecca, menemaninya penggambaran di Yogyakarta. Sementara, Zaskia sendiri mengaku pernah trauma melihat hotel.

Apa yang dirasakan Hanung tersebut sangat beralasan, iaitu kerana Zaskia saat itu tengah hamil 4 bulan. Wajar saja jika beliau merasa khuatir jika Zaskia selalu menemani ke mana juga Hanung pergi untuk penggambaran.

Dan rasa traumatik Zaskia, menurut kakak kandung pelakon drama remaja Haikal Kamil itu disebabkan beliau harus tinggal di hotel selama 1.5 bulan, untuk menemani Hanung penggambaran filem.

Selanjutnya, Zaskia menjelaskan bahawa selama hamil dirinya tak pernah merasa mual. Namun menurut Hanung, isterinya itu sempat mengidam sate katak yang ada di Yogya.

0 comments: