Lindsay baru-baru ini dibebaskan lebih awal dari penjara dan program pemulihan dan sekarang diperintahkan menghadiri pelajaran terapi perilaku dua kali dalam satu minggu.
Dia mengatakan kepada majalah Vanity Fair di dalam wawancara yang dilakukan satu minggu sebelum menjalani hukuman penjara, bahawa dirinya akan memangkas gaya hidup hedonis untuk menghidupkan kembali kariernya.
Pelakon FREAKY FRIDAY tersebut mengatakan hadir di Los Angeles beberapa tahun lalu sama dengan kebebasan dan wang tapi merosak perilaku, tapi sekarang baik-baik saja dan kemampuan lakonannya berada pada puncaknya.
Yang membuat dia tambah bingung, katanya, ialah apa yang terus dia baca di berbagai akhbar AS, yang dikatakan sangat menakutkan dan menyedihkan.
Lindsay mengakui pada 2007 ketagihan alkohol dan ubat, dan masuk pusat pemulihan sebanyak tiga kali. Beliau diperintahkan memakai gelang pemantau alkohol pada Mei tahun ini dan dimasukan ke dalam penjara kerana ponteng dari kelas pendidikan alkohol yang diwajibkan sebagai sebahagian dari tiga tahun hukuman percubaannya.
0 comments:
Post a Comment