Setelah populariti Britney Spears melonjak melalui wataknya dalam GLEE, baru-baru ini namanya kembali disebut-sebut. Bukan kerana prestasi, tapi kerana saman dari baby sitternya untuk anak-anaknya.
Baby sitter yang bernama Ferial Zaltash ini menyaman Britney kerana sang bintang berhutang pembayaran gaji sebanyak 22.000 poundsterling untuk satu bulan.
Zaltash menyatakan bahawa dirinya diupah oleh sang penyanyi pada September 2007 untuk menjaga dan merawat anak-anak Britney, Sean Preston dan Jayden James.
Dokumen setebal empat muka surat ini menyatakan bahawa Spears menolak membayar gaji perempuan ini untuk jasanya selama satu bulan bekerja.
Zatash juga meminta wang tambahan sebanyak 12.500 poundsterling untuk ganti rugi gaji yang tidak dibayarkan dan lembur.

0 comments:
Post a Comment