it's about anything. too many to mention...

Monday, October 4, 2010

'fragments' catatan pengakuan marilyn monroe



50 tahun sudah Marilyn Monroe meninggal dunia. Namun kenangan akan dirinya masih tersisa. Dan tepat di lima dekad setelah kematiannya, bintang legenda tersebut mengaku bahawa dirinya adalah seorang perempuan yang berbahaya, rapuh, dan seorang yang penuh pengertian serta takut menjadi gila.

Hal itu diungkapkan melalui tulisan peribadinya yang akan diterbitkan untuk pertama kalinya minggu depan. Tulisan itu juga menunjukkan bahawa Monroe ternyata kutu buku yang kerap mengutip penyair England John Milton dan Sigmund Freud manakala didera putus asa oleh kesendiriannya.

Pengakuan pelakon muncul dalam FRAGMENTS yang merupakan kumpulan catatan, surat-surat peribadinya, dan puisi yang ditinggalkannya untuk Lee Strasberg, guru spiritualnya, menjelang kematiannya di Los Angeles pada 1962 dalam umur 36 tahun.

Le Nouvel Observateur, akhbar Perancis, menerbitkan ekstra surat-surat yang disunting Bernard Comment, penulis Swiss dan Stanley Buchthal, yang menjadi pemilik rasmi memoir Monroe tersebut. Sedangkan edisi Bahasa Inggeris memoir itu diterbitkan pada 14 Oktober oleh Harper Collins.

Monroe terkenal kerana memiliki masalah mental dan menyukai karya-karya sastera. Namun pengakuannya mengenai kehidupan paling peribadinya, dari masa remaja sampai menjelang ajalnya tiba, menjawab pertanyaan mengenai bagaimana sebenarnya kehidupan perempuan yang digambarkan sebagai wanita perang bodoh dalam filem-filemnya itu.

Miller adalah satu-satunya orang dalam kehidupan Monroe yang dipercayai pelakon seperti dia mempercayai dirinya sendiri, demikian pengakuan Monroe dalam catatan hariannya.

Di bahagian lain, dalam fragment tak berwaktu, dia menggambarkan keputus-asaannya menghadapi satu adegan filem. Sebagai seorang bintang yang tengah naik daun pada awal 1950an, dia menuliskan bait-bait puisi melukiskan kesunyian dirinya.

Pada 1961, Monroe menulis kepada Ralph Greenson, psikoanalisnya, bahawa dia membaca koresponden Freud dan mendapati dirinya tertekan. Dia juga bercerita, bagaimana dia membanting kerusi ke jendela di sebuah klinik, dan mengancam memotong urat nadi tangannya.

Tahun berikutnya, Monroe ditemui mati di rumahnya kerana overdos menelan ubat tidur. Seorang petugas koroner memastikan kematiannya kerana bunuh diri.

0 comments: