it's about anything. too many to mention...

Thursday, October 7, 2010

gaga dan bieber lumba buat 1 juta view di youtube


Tidak salah kalau tahun ini disebut tahunnya Justin Bieber dan Lady GaGa. Kedua2 penyanyi ini begitu 'menguasai' industri muzik dunia, baik dengan lagu, prestasi, mahupun kontroversi yang mereka buat. Terbukti, kedua2 nama itulah yang 'berlumba' mencapai rekod untuk video mereka di YouTube. Tidak main-main, angka yang direbutkan adalah 1 juta view!

Kedua2nya sedikit lagi mencapai angka fantastik tersebut, jika mereka dapat mempertahankan pamor mereka. Lady GaGa akan boleh mencapai angka 1 juta pemirsa pada 20 Oktober, menurut David Birch, seorang kepala bahagian komunikasi di TubeMogul. Selama bulan September, video GaGa rata-rata dilihat sampai 1,8 juta kali.

Berlari di belakang GaGa adalah bintang pujaan hati ramai remaja, Justin Bieber. Bieber dikirakan akan mencapai rekod 1 jutanya pada 1 November jika dia dapat mempertahankan angka rata-rata view per harinya yang dilaporkan sebesar 3,7 juta per hari pada September.

Kedua2 artis yang selalu menyita perhatian public ini mengalahkan raja pop, Michael Jackson yang berada di peringkat ketiga, diikuti Kanye West.

Walau GaGa mungkin akan mendahului Bieber, namun dari angka rata-rata view per hari dari Bieber dan GaGa, Bieber-lah yang lebih popular. Dari data TubeMogul, selama Julai-September, rata-rata video Bieber dikunjungi peminatnya sebanyak 3,98 juta, sedangkan GaGa hanya dapat mencapai angka 2,04 juta.

Dengan video unggulan masing-masing, kedua2nya berjaya memikat pencintanya untuk mendaratkan klik pada video muzik mereka yang automatik menambah jumlah view mereka.

Bieber menyuguhkan video klip Baby (345 juta view), Never Let You Go (92 juta view), dan Never Say Never (28 juta view). GaGa pun tidak mahu kalah dengan menghadirkan Bad Romance (288 juta view), Just Dance (123 juta view), Alejandro (87 juta view), dan Telephone (85 juta view).

0 comments: