Kalau sebelum ini dikhabarkan bila Heidi Klum memutuskan keluar dari Victoria's Secret untuk menceburi projek barunya, Project Runway, ternyata alasan itu tak sepenuhnya benar. Nyatanya, setelah mundur dari Victoria's Secret, Heidi Klum malah bergabung dengan kumpulan Ann Taylor, industri pakaian yang berpangkalan di New York.
Dari berita yang dilansir Splash News didapat informasi bahawa Heidi Klum akan mengambil alih posisi Naomi Watts yang sebelum ini jadi model utama Ann Taylor. Bukan sekadar rancangan, sesi pemotretan pun sudah dijadualkan. Fotografer asal England, Rankin, bakal jadi juru foto sesi pemotretan ini. Nantinya, menurut berita, Heidi Klum bakal dibalut gaun yang gemerlap.
Akhir September lalu Heidi Klum menyatakan mundur dari Victoria's Secret setelah menjadi sebahagian dari kumpulan ini selama tiga belas tahun.

0 comments:
Post a Comment