it's about anything. too many to mention...

Friday, October 1, 2010

heidi klum undur dari victoria's secret


Setelah tiga belas tahun identik dengan produk Victoria's Secret, akhirnya Heidi Klum memutuskan sudah saatnya beliau mundur dan membiarkan orang lain mengambil alih posisinya. Cukup mendadak sebenarnya namun khabarnya Heidi sudah mengajukan surat pengunduran dirinya pada Victoria's Secret yang bermarkas di Ohio ini. Tak jelas siapa yang akan menggantikan Heidi Klum nanti.

Beberapa harian yang terbit di Amerika Syarikat sudah memberitakan yang
Heidi Klum memastikan bahawa beliau tak akan ikut dalam acara yang diadakan Victoria's Secret bulan November nanti.

Tentu saja ini tak bererti lantas
Heidi Klum melupakan semua yang berkaitan dengan Victoria's Secret. Bagaimanapun juga produsen pakaian dalam wanita ini pernah menjadi bahagian indah dalam hidupnya.

Dari beberapa sumber yang dekat dengan isteri
Seal ini didapat informasi bahawa Heidi Klum mundur kerana beliau tak ada waktu lagi untuk menjadi bahagian dari Victoria's Secret kerana beliau harus menangani Project Runway. Heidi Klum adalah host, judge, sekaligus executive producer dari acara yang kini tayang di channel Lifetime ini.

0 comments: