Belum lama berselang berita menghebohkan mengenai pengakuan seorang PSK, Irma Nici, tentang hubungannya dengan David Beckham. Kali ini, Beckham sekali lagi menjadi 'suspek' kecurangan. Beckham dicatat sebagai penyebab perceraian seorang pereka perhiasan, Shery Shabani, dengan suaminya.
Shery Shabani adalah seorang pereka perhiasan dan ibu kepada dua orang anak yang bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak David Beckham. Pernikahan Shabani tidak berjalan mulus, dan suaminya menuduh dirinya curang dengan Beckham, bahkan pernah tidur dengannya.
Bahkan, suami Shabani sendiri pernah ingin melanggar kereta Beckham ketika kedua2nya menjemput anak-anaknya dari sekolah. Hal ini berpunca oleh dua hal. Yang pertama, Beckham dilihat sering mengenakan gelang hasil rekaan Shabani, dan Shabani sendiri sering mengenakan sunglasses yang sama dengan Victoria, isteri David.
Tuntutan mahkamah pada perceraian Mr. dan Mrs. Shabani ini juga rasmi menyandang nama Beckham, yang dengan keras disangkal oleh Shery Shabani, isterinya. Sheru menyatakan bahawa semua tuduhan affairnya dengan Beckham yang dilontarkan suaminya adalah tidak benar kerana dirinya tidak pernah menjalani hubungan apapun dengan Beckham, selain sama-sama orang tua kepada murid yang bersekolah di tempat yang sama.

0 comments:
Post a Comment