Kekasih Hilton ini ditangkap kerana melanggar paparazzi dengan kereta Bentleynya ketika dirinya dan socialite dikerumuni media ketika mereka meninggalkan Boa Steakhouse di Los Angeles.
Bekas pengurus disko di Las Vegas yang dipecat setelah kes memiliki dadah ini dilaporkan segera menekan gas setelah jurugambar mengerumuni kereta yang ditumpanginya bersama Hilton. Pada saat inilah, seorang jurugambar wanita dilanggar dan dilindas.
Mengetahui hal ini, Waits tekan gas meninggalkan tempat kejadian, namun kembali beberapa saat kemudian tanpa Hilton. Tentunya, hal ini setelah jurugambar melapor ke polis.
Mangsa pelanggaran ini dibawa ke hospital setelah sempat dirawat oleh paramedik. Sumber dari polis juga menyebutkan bahawa Waits disaman untuk kes langgar lari sebelum diperbolehkan pergi.
Beberapa jam kemudian, pewaris takhta Hilton juga memberikan jawapan melalui Twitternya yang menyiratkan bahawa Paris menyalahkan jurugambar atas insiden ini.

0 comments:
Post a Comment