Mengikuti jejak selebriti lain yang juga memiliki jajaran produk minyak wangi, Lady GaGa saat ini sedang menyiapkan produk barunya yang bakal diberi nama Monster. Kenapa monster? Khabarnya ini adalah salah satu bentuk penghargaan Lady GaGa pada peminat2nya yang biasa disebut little monsters.
Minyak wangi bernama Monster ini adalah hasil kerja sama antara Lady GaGa dengan Coty Inc dan akan mula dipasarkan sekitar tahun 2012 nanti. Nampaknya ini adalah langkah pertama Lady GaGa menceburi bisnes minyak wangi kerana sebelum ini penyanyi bernama asli Stefani Joanne Angelina Germanotta ini belum pernah melancarkan produk serupa.
Menurut Splash News, ini juga bukan sekadar rumor belaka kerana pihak Lady GaGa dan Coty Inc sendiri saat ini telah mengisi permohonan untuk mendapatkan nama ini untuk mereka jadikan label produk minyak wangi hasil kerja sama mereka. Belum jelas konsep apa yang akan ditawarkan Lady GaGa kali ini namun melihat keseriusan Lady GaGa dalam membentuk image, boleh jadi minyak wangi ini pun bakal berbeza dari kebanyakan minyak wangi yang beredar saat ini.

0 comments:
Post a Comment