Setelah beberapa saat yang lalu berita menyebutkan bahawa anak-anak Angelina Jolie dan Brad Pitt diboyong dan harus bersekolah di Budapest, ibukota Hungaria, kali ini Jolie dilaporkan 'menikmati' masa tinggalnya di kota yang benar-benar asing ini.
Hal ini tentunya juga dirasakan oleh anak-anaknya yang sudah sangat terbiasa dengan perbezaan dan multiculturalisme yang mereka rasakan sehari-hari. Ini kerana, anak-anak Jolie sendiri berasal dari belahan dunia yang berbeza, baik yang diadoption mahupun anak biologinya.
Jolie mengadoption Maddox dari Kemboja, Pax dari Vietnam, Zahara dari Ethiopia, Shiloh dilahirkan di Namibia, dan si kembar Knox dan Vivien dilahirkan di Perancis. Wow! Dengan kebudayaan dan latar belakang yang sudah ada di dalam keluarga Jolie dan Pitt ini, tentunya merasakan budaya baru di Budapest akan cukup mudah.
Ibu yang akan segera memulakan peranannya sebagai pengarah untuk filem yang berlokasi di sekitar negara ini juga dilaporkan mula bergaul dengan warga sekitar. Keputusan untuk memboyong keenam2 anaknya ke lokasi terdekat dengan penggambaran filemnya dibuat Jolie kerana kekasihnya, Brad Pitt sedang berada di Boston, juga untuk pembikinan filem berjudul MONEYBALL.

0 comments:
Post a Comment