it's about anything. too many to mention...

Friday, December 24, 2010

adelia makin rapat dengan anak pasha


Dalam acara Mahakarya Musik RCTI 2010 'Gemerlap Nada Cinta', yang diadakan di Tennis Indoor Senayan, Rabu kelmarin, Pasha Ungu tampak datang bersama anak keduanya, Shakinah Azalea Napasha. Selain itu vokalis band Ungu ini juga ditemani wanita special yang kini telah bertunang dengannya, Adelia Wilhemina.

Yang menarik adalah kebersamaan Adelia dengan anak Pasha dalam acara tersebut. Kelihatan sekali bahawa Adelia mula rapat dengan anak Pasha, bahkan beberapa kali anak Pasha tersebut minta gendong kepada Adel. Selain itu ketika Pasha berada di atas pentas, di bangku penonton mereka berdua juga tampak tidak canggung untuk bergurau.

Namun sayang ketika disahkan mengenai hubungan yang tampak mula menghangat antara Adel dan anak Pasha tersebut mereka tak mahu komen apa-apa.

Adelia Wilhemina atau yang mesra disapa dengan Adelia ini bertunang dengan Pasha pada 28 November 2010. Pernah tersiar berita bahawa anak-anak Pasha sedih dan tidak setuju dengan pertunangan ayah mereka dengan pramugari Garuda Airways ini. Namun, setelah melihat kemesraan Adel dengan anak Pasha, apakah Adelia sudah mula berjaya meluluhkan hati anak Pasha.

0 comments: