it's about anything. too many to mention...

Monday, March 7, 2011

ahmad dhani serahkan kes ke dewan pers


Hari ini vokalis kepada band T.R.I.A.D, Ahmad Dhani beserta wakil dari Global TV dijadualkan mengadakan mediasi yang mana difasilitasi oleh Dewan Pers. Namun untuk detail selama mediasi, penyanyi tersebut enggan menceritakannya dan memilih menunggu hasil Dewan Pers.

Ketika ditanya mengenai permintaan yang diinginkan oleh pihak Global TV dari Ahmad Dhani, lelaki ini mengaku tidak tahu menahu.

Hampir di setiap pertanyaan lelaki ini menjawab menyerahkan semua ke Dewan Pers. Begitu juga ketika ditanya mengenai keberatan yang beliau sampaikan kepada pihak Global TV, lelaki ini seperti tidak ada jawaban lain selain menyerahkan semua ke Dewan Pers.

Informasi yang agak lebih jelas disampaikan oleh Hermawanto selaku peguam kepada lelaki ini. Beliau menjelaskan alasan mereka menunggu hasil dari Dewan Pers adalah kerana hari ini tidak ada perbicaraan yang begitu penting kerana pihak Global TV meminta diberi waktu hingga hari Selasa depan.

0 comments: