it's about anything. too many to mention...

Monday, March 21, 2011

air mata warnai sungkeman krisdayanti - raul


Semalam, Ahad, pasangan Krisdayanti dan Raul Lemos telah rasmi menikah. Kedua2nya menjalani proses akad nikah di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya. Laporan pandangan mata KapanLagi.com™ dalam proses akad nikah tersebut, setelah dinyatakan sah oleh saksi, Krisdayanti dan Raul Lemos diminta untuk berdiri.

Raul yang mengenakan sepasang suit kelabu membantu KD yang mengalami kesukaran untuk berdiri kerana terlalu lama bersimpuh. Setelah itu Raul pun menyerahkan Mas Kahwin yang dibawa oleh Aurel untuk diberikan kepada KD. Mas Kahwin tersebut berupa kelengkapan alat solat. KD pun menerima mas kahwin tersebut. Kemudian, Raul menyematkan cincin emas ke jari manis KD yang dilanjutkan dengan KD menyematkan cincin emas ke jari Raul.

Diva pop Indonesia tersebut langsung mencium tangan Raul sebagai tanda bahawa dirinya sudah siap menjadi isteri yang solehah dan patuh kepada suami. Yang kemudian disambut dengan ciuman mesra Raul kepada KD yang mendarat di kening dan bibir.

Setelah kedua2nya saling mengenakan cincin di jari pasangannya, mereka pun menjalani sungkeman kepada orang tua mereka. Ayahanda Raul yang sudah meninggal diwakilkan oleh kakak kepada almarhum. Sedangkan orang tua KD hadir dalam pernikahan tersebut. Proses sungkeman yang khidmat membuat kedua2 keluarga tak kuasa menahan air mata kerana rasa haru.

0 comments: