Bintang filem Amerika Syarikat Angelina Jolie telah melakukan kunjungan mengejutkan selama dua hari ke Afghanistan untuk menemui pelarian2 di negara yang dicabik perang itu, badan pelarian PBB melaporkan, Rabu lalu.
Angelina, bintang sejumlah filem seperti MR & MRS SMITH dan juga duta besar muhibah Komisi Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), telah menghabiskan dua hari untuk menemui pelarian, setelah itu beliau menyeru agar lebih banyak lagi dilakukan untuk mengintegrasikan bekas pengasingan itu ke dalam masyarakat Afghanistan.

Sebanyak 5.5 juta lebih orang telah kembali ke Afghanistan sejak 2002, tahun setelah Taliban dijatuhkan oleh serangan pimpinan-AS, menurut UNHCR. Sebahagian besar dari mereka melarikan diri ke Pakistan dan Iran, dan kepulangan mereka telah meningkatkan jumlah penduduk negara itu sekitar 20%, badan pelarian itu menghuraikan.
Sekarang ini ada sekitar 1, 40.000 tentera international di Afghanistan, yang memerangi gerila pimpinan-Taliban.
Angelina, yang hidup bersama dengan sesama bintang filem Brad Pitt, terkenal kerana kerja kemanusiaannya. Kunjungan sekarang ini adalah yang kedua bagi Angelina Jolie ke Afghanistan, tempat beliau tiba Isnin lalu.
0 comments:
Post a Comment