it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 15, 2011

ashley olsen solo lagi!


Berita tak mengenakkan datang dari gadis kembar bintang FULL HOUSE yang kini telah dewasa. Ashley Olsen, kembar Mary-Kate Olsen, dikhabarkan sekali lagi 'solo' kerana berakhirnya hubungan cinta dengan kekasihnya yang telah dijalin selama 2 tahun.

Putusnya masa-masa indah bersama antara aktres yang beralih kerjaya menjadi pereka ini dengan bintang HANGOVER, Justin Bartha begitu santer terdengar. Tarikh putusnya Ashley dan Justin dapat dikatakan sangat mengejutkan peminat2, kerana kedua2nya bahkan sudah pernah merancang menikah.

Sejak Disember tahun lalu, rumor mengenai rancangan pernikahan Justin dan Ashley sudah berhembus. Ini kerana, kedua2nya membeli sebuah rumah mewah di New York City untuk tinggal bersama.

Sayangnya, tak sampai 3 bulan berselang, hubungan kasih yang sudah dijalin selama 2 tahun ini harus berakhir. Sampai berita ini diturunkan, masih belum ada keterangan pasti dari jurucakap kedua2nya mengenai alasan dan lain2.

0 comments: