it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 15, 2011

harga baju pernikahan 'biasa saja'


Sekitar dua bulan lalu pereka Amien Brutus mengaku ditelefon oleh Krisdayanti yang memintanya menyiapkan baju pengantin untuk calon suaminya, Raul Lemos. Kini dua baju yang akan digunakan saat pembacaan ijab kabul dan resepsi sudah diselesaikan.

Krisdayanti mengganding dua pereka ternama Indonesia, iaitu untuk gaun pengantin perempuan dipercayakan pada pereka Anne Avantie, sedangkan pakaian mempelai lelakinya disiapkan oleh Amien Brutus. Kerananya kedua2 pereka ini saling menyesuaikan rekaannya.

Bahannya, menurut Amien tidak menggunakan bahan import, kerana terpenting justeru terletak pada potongan pakaiannya dan bukan pada bahannya. Apalagi usahawan asal Timor Leste itu menyukai potongan yang ketat, sehingga perlu potongan yang sesuai dengan tubuhnya.

Soal harga dua pakaian tersebut, kerana alasan etika Amien menolak mengungkapkan. Namun dikatakan tidak begitu mahal, lantaran bahannya yang biasa-biasa saja. Dari bahan yang biasa itu, oleh Amien direka menjadi istimewa.

0 comments: