it's about anything. too many to mention...

Friday, March 11, 2011

keira knightley jadi tinkerbell!


Kalau melihat senarai filmography Keira Knightley, aktres ini nampaknya tak terlalu sibuk. Untuk tahun ini, beliau hanya ada satu judul film saja dan itu pun sudah masuk masa pos production. Meski begitu, bukan bererti bahawa Keira Knightley bakal jadi penganggur. Ada berita yang beliau sekarang sedang terlibat projek SyFy yang berjudul NEVERLAND dalam mini siri ini Knightley bakal mengisi suara karakter Tinker Bell.

Dalam berita yang dilansir Splash News disebutkan yang Keira Knightley akan beradu lakonan dengan Rhys Ifans, Anna Friel dan Charlie Rowe. NEVERLAND adalah prekuel dari kisah Peter Pan dan akan mengisahkan perjalanan karakter2nya menuju Neverland. Sayangnya sampai saat ini masih belum jelas siapa yang akan menjadi pengarah mini siri berdurasi 4 jam ini.

Yang jelas, Keira Knightley akan mengisi karakter Tinker Bell, Rhys Ifans akan menjadi Jimmy Hook, guru Peterpan, Charlie Rowe akan melakonkan Peter sementara Anna Friel akan menjadi Elizabeth Bonny. Projek terakhir Keira Knightley adalah A DANGEROUS METHOD yang berkisah tentang dua tokoh penting, Carl Jung dan Sigmund Freud. Knightley akan berlakon sebagai wanita yang berada di tengah-tengah dua tokoh ini.

0 comments: