it's about anything. too many to mention...

Monday, March 21, 2011

krisdayanti - raul rasmi menikah


Pernikahan salah satu diva pop Indonesia, Krisdayanti dan usahawan asal Timor Leste, Raul Lemos berjalan lancar. Proses akad nikahnya berlangsung khidmat di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Ahad.

Wali nikah dalam pernikahan pasangan KD dan Raul adalah ayah kepada Krisdayanti, Trenggono. Meski pelaksanaan akad nikahnya lewat 30 minit dari jadual, tepat pukul 8.30 pagi proses akad nikah dimulakan. Bekas wakil presiden H. Tri Soetrisno nampak hadir menjadi saksi kepada pihak mempelai wanita. Sementara saksi kepada mempelai lelaki adalah Arif Abdullah Saga.

Dengan mengenakan sepasang suit kelabu rekaan Amin Brutus, Raul dilihat gagah. Namun, sedikit ketegangan nampak di wajah lelaki asal Timor Leste ini. Saat mengucapkan ijab kabul pun, dia sempat sedikit tersekat. Saksi yang hadir pun akhirnya mengesahkan. Selepas mengucap ijab kabul kebahagiaan terpancar dari wajah pasangan yang baru saja merasmikan pernikahannya ini.

0 comments: