it's about anything. too many to mention...

Wednesday, March 16, 2011

lindsay lohan berhenti merokok


Dengan berbagai masalah yang mendera, Lindsay Lohan rupanya berusaha 'hidup lebih baik'. Setelah dikhabarkan semakin alim, aktres muda ini menambah satu lagi kebiasaan baik, dengan berhenti merokok.

Bintang 24 tahun ini sebelum ini sering bermasalah dengan dadah dan alkohol, bahkan sampai duduk di kerusi pesakit dan menjadi pesakit pemulihan sampai dengan Januari lalu. Walau mengaku sudah 'serik' namun Lindsay tak juga menyerah dengan kebiasaannya merokok.

Untungnya, setelah mengalami masalah serius dengan pihak berwajib kerana tuduhan pencurian kalung mahal dari sebuah kedai perhiasan, Lindsay dikhabarkan berusaha meninggalkan rokok. Selain berhenti merokok, Lohan juga sering dilihat berolahraga bersama pelatih peribadi untuk meningkatkan kesegarannya.

Bintang MEAN GIRLS ini sedang menjalani proses mahkamah yang cukup alot kerana tuduhan pencurian kalung yang dialamatkan padanya. Lindsay sudah diberi kesempatan terakhir untuk menyetujui keputusan mahkamah.

0 comments: