Filem BODYGUARD yang dibintangi Whitney Houston memang sangat terkenal. Atas keglamorannya ini, sebuah syarikat produksi merancang membuatnya kembali. Salah seorang bintang yang dipilih sebagai pelakon utama adalah Rihanna, yang sayangnya, menolak tawaran ini. Apa alasannya?
Penyanyi bertubuh indah asal Barbados ini rancangannya akan segera mempamerkan kemampuannya berlakon dalam sebuah filem berjudul BATTLESHIP yang akan segera diluncurkan. Rihanna berharap akan dapat melakonkan beberapa watak setelah BATTLESHIP, namun bukan pada remake BODYGUARD.
Alasan yang dikemukakan Rihanna atas penolakan ini adalah karakter utama yang harus dilakonkannya, yang berkerjaya sama dengannya di kehidupan nyata, sebagai seorang penyanyi. Dengan kerjaya dan kehidupan yang sama ini, Rihanna menganggap wataknya tak lagi mencabar.
0 comments:
Post a Comment