it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 15, 2011

saman terhadap paris hilton dicabut


Paris Hilton dianggap gagal melaksanakan tugasnya sesuai kontrak kerja yang telah ditandatangani. Penyanyi berusia 30 tahun ini dianggap tidak mampu mempromosikan produk rawatan rambut sesuai dengan kontrak kerjanya, bahkan pernah dilihat mengenakan produk rawatan rambut lain.

Sebelum ini, Paris juga pernah memberikan kesan buruk terhadap kontraktor dengan menghilang dari pesta peluncuran produk Internasional HairTech pada tahun 2007.

Syarikat telah membayar Paris sebanyak $ 3.5 juta untuk menjadikan wajahnya sebagai ikon produk mereka, iaitu Dream Catchers. Namun ternyata perilaku Paris Hilton mengecewakan syarikat, sehingga menyaman Paris untuk mengganti kerugian sebanyak $ 3.5 juta.

Namun saman tersebut kini telah dicabut. Akhirnya, Chris Volek selaku pengasas sekaligus CEO syarikat meralat semua tuduhan terhadap Paris, dan menyatakan bahawa dugaan mereka ternyata salah.

Bintang berambut perang tersebut ternyata telah menghabiskan biaya sebanyak $ 2, 100.000 akibat kerosakan rambut yang dialaminya. Paris Hilton juga tidak dapat menghadiri pesta peluncuran produk kerana dirinya harus menetap di penjara akibat memandu dengan liar.

Chris sendiri juga mengakui bahawa samannya itu salah. Dia menerima informasi yang tidak tepat.

0 comments: