Tak perlu waktu lama bagi Katy Perry dan Russell Brand untuk menghadapi 'ujian pertama'. Walau baru saja menikah akhir tahun lalu di India, pasangan selebriti ini harus tegar dan berusaha sebaik mungkin mempertahankan pernikahan kerana jarak yang memisahkan kedua2nya.
Katy dan Russell harus berpisah sejak bulan Februari lalu kerana jadual pekerjaan yang menyita. Isterinya yang juga penyanyi cantik harus mula melaksanakan tour dunia. Sedangkan, Russell sendiri juga harus memenuhi tuntutan penggambaran filem yang dilaksanakan di Amerika.
Dengan 'perpisahan' ini, Katy juga mengalah dan berusaha mati-matian agar dirinya tetap dapat bersama suaminya, walaupun hal ini bererti Katy harus 'hidup di pesawat'. Demi bertemu Brand, Katy juga rela ulang alik dari negara tempat tour ke Amerika, yang mahu tak mahu banyak menyita waktu Katy di atas pesawat.
0 comments:
Post a Comment