Sejak pukul 11.00 pagi, peminat Agnes Monica sudah memadati lokasi hingga sekitar pukul 5.00 petang. Saat Agnes hadir, tumpah ruah massa tak terbendung hingga ke ruas jalan.
Agnes Monica tampil bersahaja dengan mengenakan kemeja putih. Dengan suara emasnya beliau pun menyapa peminat. Namun sayang beliau hanya melakukan dialog tanpa membawakan lagu-lagu hitsnya.
Sejumlah peminat dan pengunjung lain, saling berebut untuk bertanya kepada bintang yang baru memenangi 7 nominasi JpopAsia Awards tersebut. Satu hal yang pasti, Agnes pun dicerca mengenai kepastian untuk merilis lagu di luar negara.
Mendapat pertanyaan tersebut, Agnes menjawab bahawa dirinya optimis sekaligus minta doa dari seluruh peminat, sehingga cita-citanya tersebut boleh terwujud dengan baik.
Peminatnya pun terus berteriak memuji dan memanggil nama Agnes! Agnes! hingga akhirnya penyanyi berbakat tersebut pulang saat itu, namun langsung dikejar peminat2nya.
0 comments:
Post a Comment