Melalui sebuah pementasan drama muzikal bertajuk Ali Topan The Musical yang akan diselenggarakan di Graha Bhakti Budaya, Taman Ismail Marzuki (TIM), Jakarta mulai 11 - 17 April 2011 akan datang.
ArtSwara Production sebagai pemrakarsa pertunjukan bersama Ari Tulang selaku pengarah pentas atau show director melakukan sentuhan-sentuhan akhir dalam proses latihan yang berlangsung di ruang Teater gedung Nyi Ageng Serang, Kuningan, Jakarta pada Sabtu yang diikuti seluruh pelakon.
Dua watak utama, Ali Topan dilakonkan Dendy Mike, sedang watak Anna Karenina dilakonkan Kikan Namara. dan disokong 30 pelakon lain macam Sita Nursanti, Trie Utami, Chandra, Ary Kirana, Tike Priatnahkusumah, Haikal, Smile, Mawar, Dicky Rizaro, dan Lisa Depe, serta melibatkan 40 orang penari lain untuk turut menyukseskan Ali Topan The Musical yang merupakan roman kehidupan metropolis.
Di mana Ali Topan merupakan remaja jalanan yang lari dari kenyataan kemapanan kedua2 orang tuanya secara kewangan, namun tidak secara moral. Akhirnya Ali Topan bertemu dengan Anna Karenina yang menjadi pelabuhan cintanya. Namun perjalanan cinta itu menjadi dramatik kerana mendapat tentangan dari orang tua Anna yang kaya raya dan telah menjodohkan Anna dengan dengan lelaki kaya pilihan kedua2 orang tua Anna, yang ternyata menjadi lelaki skandal kepada ibu Ali Topan yang seorang wanita karier.
0 comments:
Post a Comment