it's about anything. too many to mention...

Monday, April 4, 2011

marshanda - ben kasyafani rasmi menikah


Marshanda dan Ben Kasyafani rasmi menjadi suami isteri setelah sukses melaksanakan proses akad nikah sekitar pukul 11.25 pagi di Hotel Sofyan Betawi, Menteng, Jakarta Pusat, Sabtu lalu. Tanpa ragu sedikit pun, Ben Kasyafani dengan tegas mengucapkan ijab kabul di depan penghulu iaitu Kepala KUA Kecamatan Menteng Jakarta Pusat, H. Dr. Sukana.

Pernikahan ini pun disaksikan oleh Agum Gumelar yang menjadi saksi pernikahan bagi pihak lelaki dan Bpk Irsyan Mansyur bagi pihak Marshanda.

Ben menyerahkan mas kahwin berupa seperangkat alat solat dan wang sebanyak Rp24.201.100 kepada Marshanda.

Selepas membacakan ijab kabul, Ben kemudian membacakan janji nikah dan langsung mendapat buku nikah rasmi dari Departemen Agama Republik Indonesia dilanjutkan dengan penyematan cincin kahwin ke jari manis isterinya.

Marshanda pun meski dilihat memasang senyum gembira, namun juga terharu. Hal itu kelihatan saat artis yang mesra disapa Chacha ini beberapa kali mengusap bawah matanya, mencegah air mata mengalir.

Dan akhirnya, sebagai tanda kasih sayang, Ben Kasyafani pun mengecup kening Chacha yang sudah 3 tahun menjalin hubungan asmara di hadapan orang tua dan tamu undangan.

0 comments: