Beberapa lama tidak muncul di layar kaca, aktor yang popular melalui lakonannya dalam filem EIFFEL I'M IN LOVE ini mengaku masih terikat dengan Soraya Intercine Film yang merupakan label filem tempatnya bernaung. Walaupun sudah beberapa tidak muncul di layar kaca, Samuel masih bertahan di sana kerana sedang menunggu project.
Namun, bukan bererti Samuel Rizal tidak melakukan apa-apa selama menunggu project dari Soraya. Saat ini dia mengaku sedang menggarap sebuah filem. Dia juga berharap bahawa semua yang sedang dia kerjakan saat ini akan berjalan lancar.
Lelaki yang mesra disapa Sammy ini juga memaparkan bahawa selama menunggu project dari Soraya, dia mengisi hari-harinya dengan mengasah kemampuan lakonan.
Selain itu, dia juga mengisi waktunya dengan kegiatan olahraga, mengikuti show, menjadi bintang tamu, dan kegiatan lain yang boleh mengusir rasa bosannya.

0 comments:
Post a Comment