Artis Sheila Marcia Joseph tidak dapat menahan air mata begitu menyebut nama Sisca Salman, bekas isteri Kiki Mirano, lelaki yang bakal menikahinya. Ibu Leticia itu meminta maaf kepada perempuan asal Aceh itu, jika memang dirasa telah menyakiti hatinya.
Namun ditegaskan bahawa permintaan maafnya itu bukan kerana tuduhan yang menyebut dirinya merebut suami orang. Permintaan maaf itu disampaikan tentang kemungkinan telah menyakiti hati Sisca, kerana bekas suaminya akhirnya memilih dirinya sebagai pendamping hidup.
Sheila menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah merebut suami orang, seperti yang dituduhkan. Hubungannya dengan Kiki terjalin setelah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya, meski tentang administrasi memang belum diselesaikan. Surat-surat perceraian Kiki dan Sisca memang masih di Pengadilan Agama, belum diambil.
Sakit di hati dirasakan saat banyak orang melemparkan tuduhan negatif. Sheila berharap, siapa pun menghentikan tuduhan itu.
0 comments:
Post a Comment