it's about anything. too many to mention...

Monday, April 18, 2011

sheila on 7 kejar impian go international


Meski masih banyak harapan atau mimpi yang belum tercapai, namun band asal Yogyakarta, Sheila On 7, mengaku tetap semangat dalam membuat sebuah karya muzik. Terbukti dengan diluncurkannya album terbaru mereka bertajuk BERLAYAR yang banyak bercerita tentang perjalanan karya mereka.

Lebih jauh, band yang sudah melahirkan 7 buah album ini mengaku bersyukur dengan kewujudan mereka selama ini di percaturan muzik Indonesia. Tak dapat dinafikan memang, kerana bukanlah satu hal yang mudah untuk dapat bertahan dalam industri muzik bagi band yang dibentuk tahun 1996 ini.

Diimbuhkan oleh vokalis band ini, Duta, semangat rakan-rakannya di Sheila On 7 untuk bertahan hidup sangatlah kuat. Selain itu, peranan dan sokongan peminat merupakan hal yang sangat penting dalam perjalanan mereka selama ini.

0 comments: