it's about anything. too many to mention...

Tuesday, May 24, 2011

anang - ashanty hibur final proliga 2011


Satu paket. Kalimat itu kiranya sesuai ditujukan pada Anang. Ini kerana penyanyi bernama lengkap Anang Hermansyah ini, Jumaat lalu rasmi menjadi ikon Persatuan Bola Voli Seluruh Indonesia (PBVSI). Dia tak sendiri, teman duetnya Ashanty pun turut serta dijadikan ikon yang sama. Dengan penyematan ikon tersebut sejumlah kegiatan bakal diikuti bapa dua anak ini.

Salah satunya menyumbangkan suaranya bersama Ashanty pada final Sampoerna Hijau Voli Proliga 2011 yang dilaksanakan Ahad lalu di Istora Senayan Jakarta mulai pukul 3.00 petang.

Tentang penampilan Anang dan Ashanty dibenarkan salah satu Ketua PBVSI Adang Ginanjar.

Semenjak rasmi diangkat menjadi duta bola voli, serangkaian kegiatan terutama ke daerah-daerah sudah di depan mata Anang dan Ashanty. Diharapkan dengan penglibatan Anang dan Ashanty dapat mengenalkan lebih dekat olahraga bola voli di seluruh Indonesia.

0 comments: